Semua orang suka Ayam Goreng, bukan?
Tidak boleh dinafikan antara ayam goreng paling sedap di Malaysia adalah Ayam Goreng Kunyit. Sangat simple, tetapi flavour memang the bomb! Hidangan ini boleh dinikmati dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, nasi campur, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Nak diratah saja pun sedap!
Ingredients
- 6 ketul ayam
- 2 biji bawang merah
- 6 batang cili kering
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil udang kering
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- garam secukup rasa
Instruction
- Kisarkan bawang merah, cili kering, udang kering, halia, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat.
- Dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama bahan kisaran, serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Perapkan seketika.
- Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak telah panas, masukkan ayam dengan bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keperangan dan terbalikkan.
- Ayam Goreng Kunyit sudahpun siap. Nak makan ratah saja-saja pun memang sedap!
User also able to click the table to have a clearer look
The user is able to book the hotel directly by clicking the Book Now





